Saturday, February 04, 2017

APA ITU JERAGAT?

Jeragat adalah salah satu punca masalah kulit yang seringkali menghantui ramai wanita selain dari kulit berjerawat.
Jeragat di muka atau Melasma adalah gejala abnormal tompokan atau bintik-bintik berwarna coklat keperangan, kekuningan atau biru-kelabu yang terdapat pada permukaan kulit. Jeragat biasanya berlaku pada bahagian antara kawasan hidung dan dagu, pipi dan hidung dan antara rahang bawag hingga dagu.
Struktur jeragat berkait rapat dengan proses pigmentasi. Pigmentasi kulit disebabkan oleh pengeluaran melanin secara berlebihan- hiperpigmentasi; oleh melanocytes (sel pigmen) untuk tindakbalas keratinocytes (epidermal melanosis-lapisan luar kulit) atau terkumpul di bahagian dermis (dermal melanosis- lapisan tengah kulit)
Punca Terjadinya Jeragat
Penyebab utamanya masih belum dapat dipastikan sehingga kini, namun pakar kulit berpendapat bahawa kehadiran jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
* Sinaran matahari - Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap melanoctes. Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.
* Perubahan hormon- Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul dikalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.
* Kosmetik - Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka. Selain itu, penggunaan barangan make-up yang tidak berkualiti dan bermutu rendah juga dikatakan menyumbang kepada masalah jeragat.
* Keturunan - Akibat daripada genetik.

Bagaimana Merawat Jeragat
1. Biasakan diri menggunakan krim SPF sebelum keluar rumah untuk lindungi kulit dari sinar uv.
2. Gunakan produk dan alatan make-up yang bermutu, natural dan lakukan urutan muka yang boleh melancarkan peredaran darah.
3. Elakkan penggunaan skincare yang mengandungi hidrokinon, merkuri . jangan mengunakan produk pengelupasan dan pemutihan kulit muka kerana ianya akan menghakiskan kulit dan menyebabkan kulit makin menipis dan jadi lebih sensitif.
4. Kecantikan bermula dari dalam, amalkan pemakanan sihat, tinggi antioksidan dan memenuhi diet makanan yang baik seperti viamin, mineral dan protein. Elak makanan berminyak, kolesterol tinggi dan garam berlebihan.
5. Amalkan minum air masak secukupnya dalam sehari. Air masak dan bukannya air manis seperti coke, pepsi dan lain-lain.
Supplemen dan Skincare Yang Membantu Atasi Jeragat
Anda pasti tidak suka sekiranya masalah jeragat ini sentiasa berulang-ulang kan. Jadi untuk mengatasi agar ia tidak berulang kembali, saya sarankan agar anda mencuba sendiri set jeragat Charms untuk menyelesaikan masalah kulit anda supaya tidak menjadi semakin teruk.

* Foundation Charms SPF 15 - untuk lindungi kulit dari sinar uv waktu siang hari. Menutup cela parut. Merawat masalah kulit spt JERAGAT, JERAWAT & kulit kusam. Mengurangkan minyak pd kulit. Tidak bercapuk & tidak melekit.
* Serum Kaisya Vit C - untuk kurangkan dan memudarkan tanda jeragat & parut . Melembapkan & mencerahkan kulit. Meberi vitamin pada kulit. Meyekatakan tona kulit kusam. Kulit lebih glowing dan berseri. Cepat mnyerap & tidak berminyak. Tegang , anti penuaan.
* Cleanser with makeup remover : Salah satu punca jeragat adlh bgn makeup pd kulit tdk dicuci dgn bersih. Dgn Charms cleanser, kulit akan bersih 2x dr pencuci biasa krna mempunyai kandungan makeup remover. Cleanser charms juga mengandungi collagen yg membuat kulit lebih anjal. Dapat mengecutkan Jerawat.
* Starglow Scrub : terkenal sebagai laser scrub yg dpt membuang sel kulit mati spya kulit dpt menyerap dgn baik khasiat dr skincare & juga membantu pertumbuhan sel kulit yg baru. Kulit lebih fresh dan sihat. Juga dpt membuang blackhead & whitehead. Memudarkan parut & jerawat halus. Merawat mslh sunburn.
* Hydra Day cream Fahara : mempunyai SPF20 unt melindungi kulit dr bahaya sinaran UV. Melembapkan kulit. Memudarkan jeragat tebal. Mengecutkan jerawat. Kulit lebih anjal. Tona kulit kebih sekata dan cerah.
* Night Spa Treatment Cream Fahara : Krim treatment khas unt perawatan mlm ketika tidur. Mengandungi wild yam unt membasmi & memudarkan jeragat tebal. Juga cepat mngecutkan jerawat. Merawat sunburn pd kulit. Kulit lebih lembut.


Jangan biarkan masalah kulit anda semakin bertambah teruk sehingga boleh menyebabkan anda merasa rendah diri dan hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang lain.

Untuk lebih info boleh

Whatsapp "CHARMS" ke +60123309759

No comments:

Post a Comment

Kata YOU~

Kandungan & khasiat Starglow scrub

Bahan2 scrub 🍚 ALPHA ARBUTIN Sumber alpha arbutin adalah dari daun bearberry kerana ia adalah ciri-ciri penghalang melanin. ...